Kopi najis gajah



Panas !!! Selepas Kopi Tahi Musang, Kini Timbul Kopi Tahi Gajah Dan Termahal Di Dunia

Sebelum ni kita pernah di kejutkan dengan penghasilan kopi bermutu tinggi dan termahal di dunia dari tahi Musang di Indonesia.


Kopi Tahi Musang atau Kopi Luwak di pilih dari najis Musang yang memakan buah kopi. Oleh kerana deria bau Musang yang tinggi, Musang hanya memakan buah kopi yang benar-benar masak dan bermutu tinggi. Biji buah Kopi yang di makan Musang tidak dapat di hadamkan kerana ianya terlalu keras dan akan keluar bersama najis.

Melalui najis-najis itulah biji kopi yang bermutu tinggi di ambil untuk di bersihkan dan kemudian di goreng seperti mana penghasilan kopi biasa sebelum ianya di tumbuk atau di kisar menggunakan mesin. Harga bagi 100gram kopi tahi Musang  berkenaan mencecah sehingga RM180. Namun ianya tetap di gilai di seluruh dunia sebelum ini.

Kini timbul pula satu kisah di mana terdapat sejenis kopi yang termahal di dunia telah di hasilkan di Thailand melalui najis-najis gajah yang memakan buah kopi. 

Harga bagi 100 gram kopi berkenaan yang terhasil dari najis-najis gajah mencecah sehingga RM336. 


BANGKOK – Di dalam hutan di kawasan pergunungan Chiang Rai, utara Thailand, sekumpulan orang sanggup menghabiskan masa dan tenaga mendapatkan kopi paling mahal di dunia – dihasilkan daripada tahi gajah. 

Kopi yang mempunyai aroma unik itu dihasilkan melalui proses penghadaman biji kopi dan tindak balas di dalam tubuh haiwan berkenaan dipercayai menghasilkan bau istimewa. 

Pemungut tahi gajah bergegas mengumpul bahan kumuhan gajah itu sebaik saja ia keluar dari tubuh haiwan berkenaan. 

Walaupun sebilangan penggemar kopi mungkin menghadapi masalah loya, ia tidak menghalang produk berkenaan dijual pada harga begitu mahal di pasaran di seluruh dunia. Ketika ini, sekilogram kopi tahi gajah itu dijual pada harga kira-kira AS$1,100 (RM3,360). 

Justeru, hanya penggemar tegar yang mampu menghirup kopi unik berkenaan. Penjualan kopi itu dilancarkan di hotel mewah terpilih di beberapa lokasi di seluruh dunia beberapa bulan lalu, bermula di utara Thailand, diikuti Maldives dan kini Abu Dhabi. 

Secawan kopi tahi gajah itu dijual dengan harga AS$50 (RM153) Pencipta kopi itu, Blake Dinkin, berkata kajian saintifik mendorongnya menghasilkan kopi menggunakan sistem perkumuhan semula jadi gajah. 

Dinkin – menghabiskan lebih RM900,000 untuk mengembangkan idea berkenaan – berkata, apabila gajah memakan buah kopi, asid dalam perut haiwan itu memecahkan protein yang menyebabkan rasa pahit dalam buah berkenaan "Akhirnya, anda menikmati minuman yang sangat lembut dan tanpa rasa pahit seperti kopi biasa," katanya. 

Kopi itu dianggap sama seperti satu lagi kopi mahal ketika ini, di kenali sebagai Kopi Luwak, yang terhasil daripada proses perkumuhan musang. Masa antara 15 hingga 30 jam diperlukan untuk seekor gajah menghadam kopi berkenaan sebelum ia dikeluarkan secara semula jadi. Kata lelaki berasal dari Kanada itu, gajah juga diberi makan pisang, tebu dan pelbagai bahan lain. "Ia memberikan rasa tambahan yang menarik," katanya.